SEWAKTU.COM - Amalan dan doa murah rezeki - semua kesenangan dan kebaikan adalah anugerah daripada Allah SWT.
Baik dari segi keuangan, harta benda, mental dan fisikal, semuanya adalah rezeki daripada Allah SWT.
Bagaimanakah amalan dan doa yang boleh diamalkan agar mendapat rezeki yang mudah dan cepat?
Baca Juga: Amalan Doa Rezeki, Selalu Bersyukur dan Menikmati yang di berikan
Terdapat beberapa doa dan amalan yang boleh diamalkan agar dimurahkan rezeki. Bagaimanakah sesuatu doa itu boleh menjadi mustajab dan apakah doa murah rezeki yang paling mustajab?
Doa akan menjadi mustajab apabila kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah.SWT.
Letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah.SWT dan percaya sepenuhnya bahawa setiap perkara yang berlaku di dunia ini adalah aturan daripada Allah.SWT.
Baca Juga: Amalan Doa Rezeki, Berjanji Memberikan Rezeki Kepada Umat-Nya
Tidak ada satu pun perkara yang terlepas daripada pengetahuan Allah.SWT. Dan inilah sebenarnya rahsia doa murah rezeki paling mustajab yang boleh diusahakan oleh kita.
Ramai orang Islam ingin menjadi kaya dan dimurahkan rezeki. Disamping berusaha bersungguh-sungguh, doa juga perlu dipanjatkan agar usaha kita diberkati oleh Allah.SWT.
Allah.SWT sangat menyukai hambanya yang selalu berdoa dan bergantung harap kepadaNya.
Baca Juga: Amalan Doa Mejemput Rezeki, Membuka Pintu Rezeki yang Tertutup
Berikut adalah doa yang boleh diamalkan agar dimurahkan rezeki. Doa yang disertakan adalah ayat seribu dinar.
Disertakan juga bacaan dalam Rumi dan maksud bacaan doa. Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja, Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu, Wa man yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu, Innallaha baalighu amrihi qad ja’alallahu likulli syai in qadran.