SEWAKTU.COM - Maklum, rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeda daripada orang lain di sekeliling.
Adalah tidak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri dan lebih menjengkilkan apabila ada antara kita yang gemar sangat ‘membanding-bandingkan’.
Untuk pengetahuan anda, rezeki yang tuhan beri pada kita adalah pinjaman semata-mata bahkan dalam rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain.
Baca Juga: 4 Permohonan Nabi Muhammad Setiap Pagi, Salah Satunya Doa Minta Kekayaan
Sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain.
Jadi, janganlah ria dan janganlah terlalu takut (kedekut) untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah SWT.
Harus diingat sebelum bersedekah, adalah lebih baik jika didahulukan buat diri sendiri dan kaum keluarga.
Baca Juga: Doa Amalan Rezeki Lancar, Dimudahkan dalam Bekerja dan Mencari Rezeki
Jika anda benar-benar mempunyai rezeki yang lebih setelah mendahulukan diri sendiri dan melengkapi keperluan keluarga terdekat.
Barulah boleh bersedekah pada mereka yang memerlukan kerana Islam tak meminta kita untuk menyiksa diri demi membuat kebaikan.
Ya, bersedekah adalah salah satu cara bagaimana anda boleh menambah rezeki, bukan sahaja dalam bentuk material malah pahala amalan untuk saham di akhirat kelak.
Baca Juga: Amalan Doa Rezeki, Selalu Bersyukur dan Menikmati yang di berikan
Nabi Sulaiman SAW yaitu nabi yang dikaruniai dengan harta kekayaan yang luar biasa banyak serta tahta kerajaan yang agung.
Allah menawarkan semua karunia tersebut alasannya yaitu nabi Sulaiman memohon kepada-Nya dengan sebuah doa.